BIL. |
NAMA AHLI |
NO. PENDAFTARAN |
1. |
AMEERA SHAFEEQA BINTI ABDULLAH |
20DAT21F1007 |
2. |
VERONICA LEMUI ANAK REMANG |
20DAT21F1025 |
3. |
GEOGINA ANAK JOHN |
20DAT21F1027 |
4. |
NUR AQILAH AFIQAH BINTI AZMAN |
20DAT21F1029 |
“Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinisikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.” (http://kursus-maya.blogspot.com/).
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: “etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur etnik sesuatu kaum; masyarakat majmuk mempunyai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama.” Kamus Dewan Edisi Keempat, (2005:Hal.402).
Etnik di Semenanjung
1.Kaum Melayu
Masyarakat terbesar di Malaysia ialah
2.Kaum Cina
Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua terbesar di
negara ini. Malaysia dan China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan
sejak berabad dahulu. Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua terbesar
di negara ini. Masyarakat cina di Semenanjung Malaysia terdiri daripada
beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama iaitu: Hakka,
Kantonis, Teochew, Hainan, dan Fuzhou (Hokchiu) Kebanyakan keturunan Kaum Cina
hari ini berasal daripada pendatang yang datang ke negara ini pada kurun ke-19.
Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kaum ini
yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang,
Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa
Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanah air di Johor.
Pakaian tradisional yang terkenal dalam kalangan wanita kaum
Cina ialah Cheong Sam. Cheong Sam mempunyai leher yang
tinggi, butang pada bahagian bahu, bentuk yang sendat pada pinggang dan
belahan di kiri dan kanan kain. Cheong Sam biasanya diperbuat daripada kain
sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut. Cheong Sam juga merupakan baju
yang anggun serta dilihat pada hari ini sempena Tahun Baru Cina.
3.Kaum India
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia
dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah
masyarakat majmuk di negara ini. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga
kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan
tersebut sehingga kini. Makanan tradisi kaum India Nasi Beriani, Roti Canai,
Muruku, Putu Mayam, Nei Urundai dan Dhirasam. Pakaian
warga perempuan ialah Sari merupakan pakaian tenunan khas yang dipakai oleh
semua kalangan orang India. Sari diubahsuai untuk menjadi pakaian kepada
golongan kanak-kanak dan remaja. Sari juga dipakai mengikut kehendak dan ia
dapat menunjukkan kumpulan keturunan seseorang wanita India. Di atas adalah
beberapa contoh dalam cara pemakaian sari. Pakaian Warga Lelaki ialah Dhoti
merupakan pakaian tradisional orang lelaki dalam kaum India. Dhoti juga
merupakan hasil tenunan yang ditenun menggunakan benang kapas (Cotton) dan ada
juga dhoti yang ditenun khas dengan benang silk. Pemakaian dhoti juga mempunyai
pelbagai cara.
HARI DEEPAVALI (Bahasa Tamil:) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. HARI THAIPUSAM merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'. Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.
Etnik di Sabah
1.Kaum Kadazan-Dusun
Perayaan yang disambut oleh masyarakat Kadazan-Dusun ialah Pesta Kaamatan/Pesta Menuai/Tadau Ka'amatan atau di dalam bahasa kadazan-dusun ialah ("Magavauu"). Perayaan ini disambut untuk meraikan tuaian yang baik. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya disambut pada 30 dan 31 Mei. Pada kemuncak perayaan kaamatan peraduan Ratu Cantek atau Unduk Ngadau diadakan.
Pesta Regatta Lepa adalah sambutan tahunan orang Bajau yang menampilkan perarakan bot atau perahu tradisional yang dipanggil lepa. Pesta regatta lepa disambut setiap bulan april. Pada sambutan perayaan ini pelbagai acara sukan melibatkan perahu diadakan seperti lumba perahu, tarik perahu berpasangan. Acar kemuncak membuka tirainya dengan kedatangan pelbagai lepa(perahu) dari seluruh pulusuk kampung yang terdapat di daerah Semporna yang dipimpin oleh Ketua Kampung masing-masing.
Kedayan merupakan salah satu penduduk yang tinggal
di Kepulauan Borneo. Beliau dipercayai berasal dari Kalimantan dan kemudiannya
berpindah ke Sabah, Sarawak dan Labuan. Di Miri Sarawak, kebanyakan orang
Kedayan tinggal di daerah Bekenu. Selain itu, Kedayan juga boleh ditemui di
kawasan Limbang dan Lawas Sarawak. Sipitang dan Kuala Penyu, Sabah; dan Labuan.
Bahasa yang digunakan ialah Kedayan ("bahasa de facto" Brunei).
Beberapa Kodas di Pulau Labuan bukan penduduk pantai, tetapi tinggal di pedalaman. Yang lain menetap berhampiran pantai. Rumah-rumah di kampung itu dibina berdekatan, dan taman-tamannya kompleks dan bercabang-cabang. Orang Kedayan-Brunei merupakan majoriti penduduk di pulau bebas cukai dan mempunyai kuasa politik.
PERAYAAN
Upacara Makan Tahunan merupakan perayaan yang disambut oleh kaum Kedayan. Upacara ritual ini sangat penting dalam masyarakat tersebut kerana ia berkait dengan kehidupan mereka yang berpusat pada penanaman padi. Hal ini juga adalah menzahirkan kesyukuran dan perasaan terhutang budi mereka terhadap tuhan dan merupakan kaedah simbolik untuk menyatukan anggota masyarakat yang mengalami konflik sama ada dalam bentuk perseorangan mahupun kumpulan. Didapati upacara ini adalah berbentuk sinkretisme, iaitu bercampur baur antara unsur-unsur animisme dengan unsur-unsur Islam. Pelaku utama adalah bomoh dan kalangan guru agama yang sinkretistik. Walaupun bersepadu, amalan ritual ini diterima umum oleh masyarakat. Kewujudan simbol dalam kalangan ritual Makan Tahun dijadikan sebagai menandakan kesyukuran kepada Allah SWT di samping untuk mengingati kepada roh arwah keluarga yang meninggal dunia. Keunikan ritual Makan Tahun ini melambangkan kepada tamadun atau keseluruhan kebudayaan masyarakat Kedayan yang menerimanya sebagai wadah kehidupan seharian. Dalam ritual Makan Tahun ini, ia mempunyai simbol tersendiri contohnya semasa melakukan Ratib Saman , solat Dhuha , solat Hajat dan sebagainya adalah untuk memuji akan kebesaran Allah SWT yang telah memberikan kesejahteraan kepada masyarakat Kedayan. Matlamat ritual Makan Tahun adalah untuk mengurangkan jurang di antara masyarakatnya. Selain itu, unsur-unsur benda seperti kelupis, penyediaan pin’yaam pula perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan supaya hasil yang dikehendaki memiliki kesucian.
MAKANAN
Tradisi berzaman masyarakat kedayaan dalam masakan ialah masakan Daging Rebus Kedayan, Ayam masak Kedayan, Pais ikan, Salai Berubut, Sambal Tahai, Tarap muda masak lemak, Nasi Kebuli, dan banyak lagi. Masakan-masakan ini merupakan makanan asli dan agak berbeza daripada masakan masyarakat melayu yang lain walaupun menggunakan bahan dan resepi yang hampir serupa.
2.Kaum Melanau
Melanau merupakan kaum orang asli iaitu orang asli
suku kaum asli Sarawak. Kaum Melanau juga berketurunan Austronesia. Dahulu
Melanau juga mempunyai reka bentuk rumah yang unik iaitu rumah bertingkat.
Namun, lama kelamaan, masyarakat Melanau hari ini telah mengubah cara hidup mereka dan
mereka tinggal di rumah yang berbeza. Walaupun Melanau jauh berbeza dengan
Iban, Bidayuh dan Pulau Pinang, hakikatnya Melanau tergolong dalam bangsa
Austronesia. Kampung Melanau kebanyakannya dibina di tebing sungai, berhampiran
dengan pantai. Masyarakat Melanau adalah suku kaum yang beragama Islam dan
Kristian, tetapi ada yang mempercayai dewa laut "inah" atau juga
dikenali sebagai "ipok".
PERAYAAN
Kaul
Melanau merupakan salah satu perayaan popular yang disambut oleh masyarakat
Melanau. Ia bertujuan untuk menghargai pelbagai jenis semangat, seperti
semangat darat, hutan, laut dan taman. Tidak kira dari mana anda berasal,
tetapi anda harus meraikan pesta itu untuk menunjukkan bahawa anda seorang
Melanau. Ini membuktikan masyarakat Melanau boleh dikaitkan dengan perayaan
ini. Hari raya ini disambut mengikut kalendar yang unik iaitu sistem kalendar
berdasarkan kedudukan bulan. Bulan pertama dipanggil pengejin, dan upacara
sumpah diadakan pada bulan tersebut. Bulan-bulan lain dalam masyarakat Melanau
seperti bulan lawak umik, bulan lawak ayang, bulan pelepak, bulan paka umik,
bulan pakar ayang, bulan pegalan, bulan suah, bulan pidai, bulan penangih,
bulan pamelai dan bulan pengasiseang.
MAKANAN
Makanan bagi etnik Kaum Melanau ialah terdiri daripada Sagu yang merupakan makanan utama masyarakat Melanau pada masa dahulu. Sagu merupakan pengganti kepada nasi untuk sesuat hidangan bagi mereka. Selain itu, Linut juga makanan yang tidak asing bagi masyarakat Melanau kerana Linut adalah makanan kegemaran bagi kaum ini. Linut diperbuat daripada lemantak dan air panas.
3. Kaum Iban
Kaum iban
adalah kaum peribumi asli yang tinggal di pulau Borneo. Kaum ini boleh dijumpai
di Sarawak, Kalimantan Barat , Brunei , Sabah dan Labuan. Bangsa Dayak iban
merupakan bangsa yang tertua di Pulau Borneo. Menurut pakar pengkaji dari
negara china yang mengkaji Genom manusia sukuk aum di Asia membuktikan kaum
iban dipercayai bangsa pertama berhijrah ke ISEA zaman purba. Hasil kajian DEEP
SKULL di Gua Niah yang berusia 50,000 tahun disahkan sama dengan Iban orang
asal Borneo sendiri. Semasa zaman colonial inggeris di Sarawak dan Belanda di Kalimantan Barat, Kaum Iban
sebelumnya dikenal sebagai SEA DAYAK.
Panggilan “Sea Dayak” kepada iban kerana keberadaan Orang Iban di lautan
pada kurun ke 17 hingga ke 19 di lautan China Selatan . Tradisi memenggal kepala
musuh di lautan telah menggerunkan pelayar dan pedagang asing ke Pulau Borneo
hingga tercatat didalam sejarah maritim
bangsa Eropah sebagai “Vikings of Eastern Sea” dan “King of Sea Borneo”. Kaum
Iban majoriti menganut agama Kristian. Kaum iban adalah kaum yang mengamalkan
banyak budaya yang menarik . Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami
rumah-rumah panjang. Ketua kampung dipanggil sebagai Tuai Rumah. Tradisi orang
iban adalah adat, budaya dan kepercayaan asal mereka , tanah pusaka dan
kehidupan di rumah Panjang. Terdapat banyak adat yang masih digunapakai sehingga ke hari ini
sama ada di rumah Panjang atau di bandar- bandar.
PERAYAAN
Kaum iban
menyambut sambutan hari Gawai yang merupakan pesta utama sabagai upacara
keagamaan dan kepercayaan asal untuk menyembah para dewa.Jenis-jenis hari gawai
adalah seperti Gawai Dayak atau dikenali Pesta Kehasilan Menuai, Gawai Burung, Gawai Kenyalang, Gawai Pangkong Tiang, Gawai Umai, Gawai lelabi, Gawai Sakit
dan Gawai Antu.
MAKANAN
Makanan tradisi bagi kaum
Iban adalah Manuk pansuh. Hidangan ini sangat popular dalam kalangan masyarakat
Iban dan kebiasaannya menjadi hidangan wajib ketika hari perayaaan orang Iban
seperti Hari Gawai. Manuk pansuh ini merupakan ayam yang dimasak di dalam buluh bersama dengan daun ubi sebagai penambah aroma.
4.Kaum Melayu-Sarawak
Terdapat 3 asal-usul
mengenai orang Melayu di Sarawak iaitu :
a) Berasal dari Sumantera dan Tanah Melayu.
Suku kaum melayu di Sarawak mendiami kawasan pesisiran pantai. Mereka
dipercayai berasal dari Sumantera dan sesetengah sumber lain juga menyebut
Semenanjung Tanah Melayu. Mereka mula mereka mula datang ke Sarawak sejak kurun
ke-15 Masihi lagi. Penempatan awal mereka adalah di Lidah Tanah iaitu
kawasan di sekitar Sungai Sarawak yang
kini terletak di Kuching.
Suku kaum ini diketuai oleh Putera Raja bernama Datuk Merpati
Jepang. Orang melayu beragama islam menjalankan aktiviti ekonomi menangkap ikan
di laut, bertani dan berniaga. Setelah dijajah oleh Kesultanan Brunei pada
kurun ke-16, keturunan Datuk Merpati Jepang terus dilantik sebagai pentadbir di sini dengan memakai
gelaran Datuk. Hal ini lahirlah jawatan-jawatan pentadbir seperti Datuk
Patinggi iaitu sebagai ketua negeri, Datuk Temenggung sebagai menjaga keamanan
dan keselamatan dan Datuk Bandar sebagi penggendali hal-hal perdagangan.
b) Keturunan Melayu Brunei atau Kesultanan Brunei.
Menurut sumber yang lain, orang melayu yang mendiami kawasan-kawasan
yang berdekatan dengan Brunei seperti di Bahagian Miri adalah berasal dari
keturunan Melayu Brunei. Keturunan bagi golongan ini memakai gelaran Abang bagi
lelaki dan Dayang bagi perempuan yang berfungsi sebagai nama keluarga. Mereka
mula masuk ke Sarawak setelah dijajah oleh Kesultanan Brunei.
c) Kaum ini juga berasal dari Bangsa Dayak yang memeluk islam dan telah mengadaptasikan adat, kebudayaan dan cara hidup orang Melayu dalam kehidupan seharian. Golongan ini merujuk kepada orang-orang Melayu yang menetap di bahagian lain di Sarawak. Nenek-moyang kepada golongan ini boleh dikatakan orang Dayak yang terasimilasi yang menjadi kaum melayu secara rela setelah masuk Islam. Kewujudan golongan ini telah menyebabkan terciptanya bahasa melayu loghat Sarawak seperti bahasa melayu loghat Kelantan. Bahsa melayu loghat Sarawak agak sukar untuk difahami oleh penutur-penutur loghat Melayu yang lain kerana loghat tersebut banyak menyerapkan perkataan dan istilah dari bahasa Dayak khususnya Iban.
PERAYAAN
Hari raya aidilfitri sangat sinonim dalam kalangan masyarakat melayu yang menterjemahkan kemeriahan dan kegembiraan setelah berpuasa pada bulan Ramadhan. Di Sarawak juga tidak kurang hebatnya kerana masyarakat melayu di Sarawak bersifat heterogeneous di mana asimilasi berlaku dalam masyarakat tersebut di antara melayu jati dan Melayu Dagang yang tiba lewat pada abad ke-19 dari wilayah-wilayah Kepulauan Melayu seperti Sumantera, Kepulauan Riau dan Lingga, Semenanjug Tanah Melayu, Brunei dan Wilayah-wilayah Kalimantan yang mempunyai adat dan kebudayaan yang berbeza antara satu sama lain.
Dalam catatan Warta Sarawak, Kerajaan Brooke memberi kebebasan kepada orang melayu terutamanya penduduk melayu di Kuching untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sambutan sangat meriah kerana didukung oleh kerajaan, sebelum adanya bunga api dan mercun, menurut Sarawak Gazette yang diterbitkan pada tahun 1929, orang melayu telah menggunakan bedil yang diperbuat daripada buluh sebagai hiburan bermula pada malam ketujuh likor hinggalah malam raya. Pintu gerbang juga dibina di kampung-kampung Melayu sekitar bandar Kuching dengan kerlipan lampu pelita dan elektrik sehingga menarik kaum bukan Melayu untuk turut serta dalam kemeriahan menyambut Hari Raya. Astana juga dibuka pada hari Raya kedua sebagai kehormatan terhadap Hari Kemenangan tersebut. Sambutan Hari Raya mula berubah kepada ciri moden pada zaman koloni apabila jarak diperkenalkan di meja rumah. Terdapat tradisi berjarah yang menjadi simbolik kepada kemaafan dan ikatan silaturahim di Sarawak. Tempoh berjarah dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain sangat singkat dan tidak melebihi dua minit.
Hal ini dapat menyedarkan kita tentang kelengkapan hari raya dimana kuih dihidang dengan potongan kecil dan air dihidang dalam gelas yang sangat kecil. Masyarakat melayu Sarawak menekankan semangat kekitaan yang tinggi di mana di setiap daerahnya tradisi-tradisi berjarah dikenali dengan pelbagai nama dan cara seperti berlanggar meja, dan renggo. Tradisi berjarah diamalkan dahulunya bukanlah seperti diamalkan sekarang khususnya di bandar besar seperti Kuching, tradisi bersama keluarga tidak lagi digunakan sepenuhnya dan ditukarkan dengan program pemuda-pemudi seperti menonton wayang, beraya di rumah terbuka para pemimpin dan sebagainya. Tempoh hari raya orang sarawak adalah sebanyak tiga hingga ke tujuh hari. Mereka mengenakan pakaian baharu dan yang terbaik. Sabok dua jari adalah sebutan kepada saiz gulungan samping di pinggang. Anak Melayu Sarawak yang jati, mempunyai sekurang-kurangnya satu samping dan motifnya ialah Bunga Bertabor, Pucuk Rebung dan Motif Rantai. Bagi yang tidak berkemampuan tidak semestinya mereka mengenakan pakaian yang mahal, cukup sekadar baju Melayu yang terbaik mereka ada pada hari pertama dengan dipadankan dengan kain sarung Bugis mahupun sarung samarinda. Itulah pakaian terbaik orang Melayu di Sarawak dalam kalangan marhaen pada ketika itu.
Hari raya aidifitri di Sarawak melalui proses transformasi yang sangat besar. Setiap kaum keluarga telah memikirkan berapa banyak yang mereka perlu sediakan sebulan dua sebelum Ramadhan. Hal ini juga mengalami perubahan sesuai dengan taraf hidup rakyat pada masa ini . Namun ada juga yang menjadikan hari raya aidilfitri ini sebagai peluang untuk mempamerkan kek dengan nama moden dan pelbagai walaupun rasanya hampir sama. Oleh yang demikian sentiasalah berwaspada dengan amalan yang negatif semasa berbelanja sempena hari raya aidilfitri bagi mengelakkan keberkatan Ramadhan gagal untuk dirasai.
MAKANAN
Makanan tradisi bagi kaum Melayu Sarawak adalah laksa Sarawak. Hidangan ini begitu popular dan boleh didapati di setiap negeri Bumi Kenyalang ini. Laksa Sarawak menggunakan pes khas yang mengandungi pelbagai bahan-bahan yang tersendiri. Seterusnya, Mee Kolok pada amnya bukanlah makanan asal masyarakat bumiputera Sarawak. Makanan ini merupakan makanan yang telah dibawa oleh masyarakat cina yang telah berhijrah ke Sarawak. Namun, ia telah dijadikan makanan tradisi masyarakat tempatan biarpun dibawa masuk oleh masyarakat cina suatu tika dahulu.
KESIMPULAN
Masyarakat Malaysia bukan sahaja masyarakat pelbagai etnik bahkan juga terdiri daripada pelbagai agama. Jika gagal menguruskan kepelbagaian ini, kelak natijah konflik agama akan berlaku sebagaimana terjadi kepada etnik Rohingya di Myanmar, Nigeria, Bosnia dan sebagainya. Setiap agama pastinya tidak menolak kepada perkara-perkara kebaikan seperti tolong menolong, menghormati diantara satu sama lain, berkasih sayang dan saling mengambil berat. Justeru, itu, jika elemen ini dipelihara dan dipraktik didalam kehidupan harian setiap daripada kita, insyaallah, penulis percaya hubungan etnik yang harmonis dapat dikekalkan dan tidak akan berlaku salah faham tentang agama yang boleh membawa kepada kehancuran masyarakat majmuk dan negara Malaysia.
SUMBER RUJUKAN
http://devajitadj.blogspot.com/p/kaum-me.html?m=1
https://www.wikiwand.com/id/Agama_Hindu_di_Malaysia
https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Melayu_Malaysia
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kedayan
https://ms.wikipedia.org/wiki/Melanau
https://mixmalaysianpublic.wixsite.com/mysite/post/perayaan-kaum-melanau
https://ms.wikipedia.org/wiki/Iban#Adat_asal_dan_hukumannya
http://isswak.weebly.com/kaum-melayu-sarawak.html
http://puteraserawak.blogspot.com/2019/06/hari-raya-dan-melayu-sarawak-satu.html
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kadazan-Dusun
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Murut
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Bajau
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kedayan
http://kedayansabah.blogspot.com/2012/04/masakan-dan-kuih-tradisional-dan.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Melanau
https://mixmalaysianpublic.wixsite.com/mysite/post/perayaan-kaum-melanau
https://ms.wikipedia.org/wiki/Iban#Adat_asal_dan_hukumannya
http://isswak.weebly.com/kaum-melayu-sarawak.html
http://puteraserawak.blogspot.com/2019/06/hari-raya-dan-melayu-sarawak-satu.html
https://saji.my/makanan-tradisi-sarawak/